Visi
Menjadi peneraju dalam pembiayaan perumahan mampu milik berkualiti dengan penyelesaian menyeluruh untuk semua kakitangan sektor awam.
Misi
Memudahkan pemilikan rumah mampu milik yang selesa dan berkualiti untuk golongan B40, anggota tentera dan kakitangan kerajaan dengan:
- Mempermudahkan proses pembiayaan melalui penyelesaian yang menyeluruh dan efektif dari tahap permohonan dan kelulusan pembiayaan sehinggalah penyerahan kunci rumah.
- Memberi perkhidmatan profesional seperti khidmat nasihat dan pengendalian permohonan pembiayaan bagi memastikan kepuasan dan kepercayaan pelanggan dicapai sepenuhnya.
Prinsip Teras ATM Bina
Amanah
Mengutamakan integriti dan kejujuran dalam setiap urusan dengan pelanggan, pemaju, dan kakitangan.
Telus
Berkomunikasi secara jelas dan terbuka bagi memastikan semua proses pembiayaan dan pemilikan rumah mudah difahami.
Mantap
Memberikan perkhidmatan profesional yang konsisten dan berkesan bagi memastikan kepuasan pelanggan dan kejayaan projek.
Jejak Perkhidmatan Yang Kukuh
Sejak penubuhannya pada tahun 2007, ATM Bina Sdn Bhd aktif menjalankan jualan dan promosi untuk pemaju perumahan di kem-kem tentera, bermula dari kawasan berdekatan Kuala Lumpur dan Selangor sebelum meluaskan operasi ke seluruh negara. Dilengkapi pengalaman melebihi 15 tahun, ATM Bina Sdn Bhd menjadi pemacu utama di sebalik kejayaan lebih 50 projek perumahan yang memaparkan komitmen kami terhadap pembangunan yang berkualiti dan perkhidmatan yang profesional.

Tahun Ditubuhkan
Projek Siap
Rumah Terjual
Kakitangan

Pasukan yang Profesional & Berpengalaman
Operasi ATM Bina Sdn Bhd yang bermula dengan hanya 4 orang kakitangan, telah meningkat kepada 7 orang kakitangan dalam tempoh 6 bulan. Kini, kami mempunyai 21 kakitangan yang mahir dalam pelbagai bidang, membolehkan kami menguruskan projek secara berkesan dan mencapai matlamat perniagaan yang lebih cemerlang. Kepakaran pasukan kami adalah asas kejayaan kami dalam menyediakan pelbagai penyelesaian perumahan bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Perumahan Mampu Milik & Pembiayaan Yang Menyeluruh
Fokus utama kami adalah menyediakan kediaman mampu milik untuk golongan B40, terutamanya Anggota Tentera Malaysia dan semua kakitangan kerajaan (Sektor Awam), dengan pembiayaan perumahan yang mudah dan menyeluruh menerusi platform seperti Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KATMB) dan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB). Secara konsisten, kami telah berjaya menjual kira-kira 5,000 unit rumah dan kini sedang berusaha mencapai 10,000 unit jualan sebagai penanda aras baru. Dengan rekod pencapaian yang meningkat, ATM Bina Sdn Bhd terus memberi peluang kepada lebih ramai keluarga memiliki rumah idaman mereka.

