Sejak tahun 2007 , kami telah menjalankan jualan & promosi untuk pemaju perumahan di kem-kem tentera secara aktif. Ia bermula dari kawasan berdekatan KL dan Selangor. Selepas itu kami melanjutkan usaha kami ke kem di negeri lain di seluruh negara.
Kami bermula menceburi perniagaan ini dengan 4 orang. Selepas 6 bulan kakitangan diambil seramai 3 orang. Hari ini kami telah mempunyai 21 kakitangan yang mempunyai pelbagai kepakaran untuk menjadikan perniagaan ini berjaya dibawah nama ATM BINA SDN BHD.
Pelanggan sasaran kami ialah Anggota Tentera Malaysia dan kakitangan kerajaan. Oleh itu, ia akan memberikan permintaan yang kukuh bagi perumahan di bawah pinjaman kerajaan.
Secara konsistennya kami telah menjual sekitar 500 jualan bagi setiap tahun kecuali pada tahun ini kerana kami sedang berusaha ke arah untuk menjual sebanyak 1000 jualan sebagai penanda aras. Malah sehingga ke hari ini kami telah melebihi rekod tahunan kami untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi.
Harga rumah yang berpatutan untuk golongan B40 yang ingin memiliki kediaman bersama keluarga tersayang. Kami menyediakan perumahan yang mampu dimiliki oleh semuanya.
















